More

    TNB: Pengguna layak terima rebat elektrik 1.45 sen/kWh sepanjang Ogos ini

    Pengguna domestik di Semenanjung Malaysia yang mencatatkan penggunaan elektrik melebihi 600 kilowatt jam (kWh) sebulan akan menerima rebat sebanyak 1.45 sen/kWh bagi bulan Ogos 2025 selaras dengan pelaksanaan mekanisme Automatic Fuel Adjustment (AFA) yang baharu.

    Menurut kenyataan Suruhanjaya Tenaga dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), pelaksanaan AFA merupakan sebahagian daripada pendekatan tarif progresif di bawah Tempoh Peraturan Ke-4 (RP4) yang bermula sejak 1 Julai 2025 menggantikan sistem pelarasan kos bahan api terdahulu iaitu Imbalance Cost Pass-Through (ICPT).

    Berbeza dengan ICPT yang disemak dua kali setahun, mekanisme AFA akan menyemak semula kadar tarif berdasarkan harga bahan api global secara bulanan. Pelarasan ini bertujuan memastikan kadar tarif lebih responsif terhadap perubahan kos penjanaan tenaga khususnya arang batu dan gas asli.

    Walau bagaimanapun, pengguna domestik dengan penggunaan 600 kWh atau kurang sebulan tidak akan menerima rebat ini kerana mereka dikecualikan sepenuhnya daripada caj AFA iaitu suatu langkah yang dikekalkan untuk melindungi pengguna berpendapatan rendah dan sederhana.

    Beritahu kami di Facebook pendapat anda tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured