More

    TnG eWallet tidak kenakan caj tambahan untuk pembayaran DuitNow QR buat masa ini

    Berkenaan dengan berita terkini mengenai caj tambahan untuk peniaga melalui DuitNow QR, Touch ‘n Go (TNG) Digital mengumumkan bahawa caj tambahan tersebut akan diketepikan tetapi ia hanya buat masa ini sehingga diberitahu kelak.

    Sekiranya caj tambahan dilaksanakan, TNG menyatakan bahawa caj tambahan diperlukan untuk menampung kos dan pelaburan sistem pembayarannya. Ini termasuk keselamatan siber dan kawalan pencegahan penipuan.

    Pada masa ini, Maybank, Public Bank dan CIMB tidak mengumumkan sebarang caj tambahan sehingga diberitahu kelak. Walau bagaimanapun, CIMB hanya akan berbuat demikian sehingga akhir tahun. PayNet juga membuat kenyataan rasmi bahawa MDR untuk pembayaran DuitNow QR akan bermula dari 1 Oktober 2023.

    Dalam pada itu, PayNet akan memperuntukkan sumber untuk membantu membiayai kos bagi meneruskan pengecualian penuh kepada perniaggan mikro dan kecil untuk caj transaksi DuitNow QR. Inisiatif ini diharap akan membantu perniagaan mereka dalam menikmati perkhidmatan DuitNow QR tanpa perlu menanggung caj transaksi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured