More

    Tol percuma di Lebuhraya WCE (Seksyen 1) selama sebulan sempena Hari Merdeka

    Kementerian Kerja Raya mengumumkan pengguna Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang melalui plaza tol Seksyen 1 (Persimpangan Banting) akan menikmati tol percuma selama sebulan. Tol percuma bermula dari Hari Merdeka esok (12.01 pagi 31 Ogos) sehingga 11.59 malam 29 September.

    Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengecualian bayaran tol itu adalah sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67. Ia juga sempena sambutan ulang tahun pertama pelaksanaan inisiatif MyJalan oleh kerajaan.

    Bagaimanapun, Nanta menjelaskan bahawa tol percuma itu hanya untuk lebuh raya WCE Seksyen 1 dan tidak melibatkan tol lain yang bersambung dengan lebuh raya itu. Menteri Kerja Raya turut berkongsi maklumat pembukaan lebuh raya sepanjang 12.5 kilometer (km) yang menghubungkan Jalan Dengkil – Banting (FT31) ke Lebuhraya SKVE.

    Lebuh raya ini boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi dan kemajuan wilayah selatan Selangor khususnya bagi kawasan Kuala Langat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Astro Awani

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured