More

    Tol percuma untuk 4 hari, pengguna masih perlu imbas kad Touch ‘n Go, SmartTAG atau RFID

    Pengguna Lebuhraya PLUS kini boleh memanfaatkan kadar percuma sepanjang empat hari untuk pulang ke kampung halaman sewaktu perayaan Aidilfitri pada 30 April, 1 Mei, 7 Mei dan 8 Mei 2022. Namun begitu, pengguna masih perlu mematuhi peraturan termasuk syarat menyentuh kad Touch ‘n Go (TnG), mengimbas SmartTAG atau RFID ketika memasuki tol.

    Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail menjelaskan syarat tersebut diputuskan bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik tanpa sebarang bayaran tol dikenakan. Bagi pengguna kad TnG, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad sebelum memulakan perjalanan di portal TnG.

    Inisiatif ini juga bagi mengelakkan kesesakan di lorong tol terutamanya bagi pengguna Touch ‘n Go. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian tol percuma dan diskaun tol antara 30 hingga 50 peratus mulai 12 tengah malam Sabtu ini hingga 11.59 malam Ahad.

    Anda juga diminta untuk menyusun perjalanan balik dan kembali semula mengikut Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan sebelum ini. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber:  Berita Harian

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...