More

    Tonton para pelakon dan krew Lord of the Rings bertemu kembali dalam sebuah panggilan video Zoom

    Memandangkan aplikasi panggilan video berkumpulan seperti Zoom sudah pun menjadi kelaziman sewaktu musim pandemik COVID-19 ini, nampaknya bintang selebriti juga tidak terkecuali daripada menggunakannya untuk saling berhubung dengan rakan-rakan mereka. Terbaru, para pelakon dan krew filem Lord of the Rings telah mengadakan sebuah panggilan Zoom untuk bertanya khabar masing-masing.

    Dalam panggilan yang berdurasi 50 minit itu, anda boleh menonton hampir keseluruhan pelakon utama dalam trilogi tersebut seperti Elijah Wood (Frodo), Sam Astin (Sam), Orlando Bloom (Legolas), Sir Ian McKellan (Gandalf), Liv Tyler (Arwen), Viggo Mortensen (Aragorn), pengarah Peter Jackson dan ramai lagi.

    Panggilan video ini diuruskan oleh Josh Gad, pelakon suara untuk watak Olaf dalam filem Frozen. Dalam video tersebut, para pelakon saling berjenaka, mengenang kembali pengalaman berlakon untuk LOTR dan juga melakonkan kembali baris-baris dialog popular daripada filem tersebut.

    Beritahu kami di Facebook jika anda sudah menonton keseluruhan panggilan video Zoom menarik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...