More

    Tonton pelancaran OPPO Reno3 pada 12 Mei ini di Facebook untuk menangi 15 telefon Reno3!

    OPPO Malaysia akan melancarkan telefon pintar terbaru dalam siri Reno, OPPO Reno3, pada hari Selasa, 12 Mei jam 6:00 petang melalui siarang langsung di 8TV, TV3 dan laman Facebook rasmi OPPO Malaysia. Malah, dengan menonton pelancaran ini di Facebook, 15 penonton bertuah akan menangi Reno3.

    15 telefon Reno3 itu akan diberikan dalam dua segmen. Dalam segemen pertama di mana lima Reno3 akan diberikan, penonton perlu like dan kongsi siaran langsung pelancaran Reno3 di profil mereka dengan kapsyen tanda palang #OPPOReno3Series.

    Untuk segmen kedua di mana baki 10 telefon akan diberikan, selain melakukan perkara sama dalam segmen pertama, penonton perlu menjawab soalan yang diajukan sewaktu pelancaran dalam ruangan komen diikuti dengan tanda palang #OPPOReno3Series.

    Sebelum ini, siri OPPO Reno3 sudah pun dilancarkan di China di mana ia terdiri daripada Reno3 dan Reno3 Pro. Perbezaan ketara antara dua varian tersebut adalah daripada segi cipset, di mana Reno3 dikuasai oleh MediaTek Dimensity 1000L manakala Reno3 Pro pula dikuasai oleh Snapdragon 765G.

    Masih tidak pasti jika Malaysia akan dapat spesifikasi yang sama sepenuhnya dengan pasaran China. Beritahu kami di Facebook jika OPPO Reno3 berada dalam radar anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured