More

    Torrent dedahkan filem Marvel terbanyak yang dimuat turun secara haram pada 2021

    Tahun 2021 merupakan tahun yang dipenuhi dengan filem dan rancangan TV Marvel hasil daripada strategi Disney+ untuk mempromosikan platform penstriman baharu. Walaupun ia telah menarik peminat Marvel untuk mengeluarkan sejumlah wang mereka untuk membayar langganan itu, masih ada yang mungkin tidak mahu berbuat demikian.

    Oleh itu, ini adalah artikel untuk memberitahu anda rancangan Marvel yang paling banyak dicetak rompak tahun ini. Menurut data yang diterbitkan oleh TorrentFreak, WandaVision mendapat tempat teratas untuk siri TV paling popular untuk dimuat turun secara haram. Rancangan itu diikuti oleh Loki (#2), The Falcon And The Winter Soldier (#4), Hawkeye (#5) dan What If…? (#6).

    Perlu dinyatakan bahawa data adalah berdasarkan muat turun BitTorrent untuk tahun 2021. Walau bagaimanapun, kedudukan itu tidak menggambarkan angka secara keseluruhan penstriman haram. Ini bermakna mungkin lebih ramai orang menonton filem tersebut melalui laman web lain selain daripada Torrent.

    Secara peribadi, saya fikir adalah lebih baik untuk membayar langganan Disney+ dan tonton secara eksklusif kerana kesan visual yang terdapat dalam filem Marvel tersebut sangat menakjubkan! Kongsikan pendapat anda bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Androidheadlines

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...