More

    Toshiba Z870M dan Z670M dilancar di Malaysia: Televisyen pintar dengan teknologi Mini-LED bermula RM 3,999

    Pada hari ini, Toshiba Malaysia telah melancarkan dua buah produk baharu dalam rangkaian televisyen pintar mereka iaitu Toshiba Z870M dan Toshiba Z670M. Kedua-dua televisyen ini dilengkapi teknologi canggih seperti enjin pemprosesan REGZA ZRi Engine dan Mini LED untuk menghasilkan imej tercantik untuk setiap siaran media.

    Toshiba Z870M

    Toshiba Z870M adalah model televisyen andalan (flagship) yang dilengkapi cipset REGZA ZRi Engine untuk mengoptimakan audio visual yang terbaik mengikut kandungan yang ditonton serta suasana sekeliling televisyen. Ia juga mempunyai teknologi backlight Mini-LED, Full Array Local Dimming Pro dan Quantum Dot Colour untuk penghasilan warna yang cerah dan tepat, serta kecerahan dan kontras yang tinggi.

    Buat mereka yang mengutamakan kualiti gambar, televisyen ini menyokong beberapa format kandungan jurang dinamik tinggi (HDR) seperti Dolby Vision HDR, HDR10+ dan HLG. Ia juga menyediakan IMAX Enhanced yang menggabungkan kandungan 4K HDR dengan teknologi audio DTS untuk tontonan yang lebih mengasyikkan.

    Untuk audio, televisyen ini dilengkapi pembesar suara yang dihalakan ke hadapan (front-firing) dan dilengkapi teknologi seperti REGZA Bass Woofer Pro, REGZA Power Audio Pro+ dan Dolby Atmos untuk kualiti audio yang jelas.

    Televisyen ini juga mempunyai mod Game Mode Pro yang boleh menjana kadar segar semula sehingga 144Hz, dengan Auto Low Latency Mode (ALLM) dan AMD FreeSync bagi memastikan setiap bingkai (frame) tidak mempunyai kesan koyak (screen tear).

    Ia mempunyai mikrofon Far Field Voice yang bermaksud anda boleh mengawalnya dengan arahan suara sahaja, manakala Smart Sharing membenarkan anda untuk strim menggunakan sebarang peranti Apple.

    Toshiba Z670M

    Toshiba Z670M juga dilengkapi cipset REGZA ZRi Engine dan Quantum Dot Technology bagi menghasilkan imej yang realistik dengan lebih 1 bilion warna. Fungsi Full Array Local Dimming Pro menambah baik kontras di antara bahagian gelap dan terang, manakala Dolby Vision Atmos pula menyediakan pengalaman video dan audio yang lebih jelas dengan menggabungkan Dolby Vision HDR dan Dolby Atmos Sound.

    Ia menyokong format HDR seperti Dolby Vision HDR, HDR10+ dan HLG, manakala fungsi IMAX Enhanced pula menggabungkan kandungan 4K HDR dengan teknologi audio DTS untuk kualiti tontonan yang tinggi.

    "
    "

    Untuk audio, pembesar suaranya juga dihalakan ke hadapan dan menawarkan fungsi REGZA Power Audio Pro+, REGZA Bass System Dolby Atmos untuk kualiti audio yang jelas.

    Untuk kegunaan para gamers pula, ia boleh menghasilkan kadar segar semula boleh ubah (variable refresh rate, VRR) 144Hz dengan ALLM dan AMD FreeSync Premium untuk kualiti grafik yang tinggi dan tidak tersangkut-sangkut.

    Berikut adalah senarai harga dan promosi pra-tempahan untuk kedua-dua televisyen:

    ModelHarga asalHarga promosiHadiah percuma
    Toshiba Z870M 65″RM9,399RM7,499Konsol gaming mudah alih ROG Ally
    Toshiba Z870M 55″RM7,699RM6,099Pembesar suara Logitech Z906
    Toshiba Z670M 65″RM6,299RM4,999Pembesar suara Bose
    Toshiba Z670M 55″RM4,999RM3,999Pembesar suara Bose

    Pra-tempahan ini akan berlangsung sehingga 30 September 2023 di pengedar-pengedar Toshiba yang sah serta Lazada dan Shopee. Layari laman web Toshiba Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai produk ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan televisyen ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured