More

    Touch ‘n Go eWallet kini boleh bayar lebih banyak tempat letak kereta di KL dan Selangor

    Para pengguna e-dompet Touch ‘n Go eWallet kini boleh menggunakannya untuk membayar caj tempat letak kereta di 19 kawasan perbandaran dalam seluruh negara. Majlis perbandaran terbaru yang menyokong pembayaran ini adalah Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandaraya Seremban-Nilai dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

    Touch ‘n Go eWallet kini adalah e-dompet pertama yang menawarkan pembayaran tempat letak kereta secara digital untuk seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Di negeri-negeri lain pula, beberapa majlis perbandaran telah pun menyokong pembayaran dengan e-dompet ini.

    Untuk membayar, pengguna hanya perlu menekan ikon Parking di bawah bahagian Services, kemudian pilih Pay For Parking Now, pilih lokasi dan masukkan butiran kenderaan. Pengguna perlu berhati-hati untuk memasukkan butiran yang tepat sewaktu membuat pembayaran.

    Berikut adalah 19 kawasan perbandaran yang menyokong pembayaran tempat letak kereta menggunakan Touch ‘n Go eWallet:

    • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
    • Majlis Bandaraya Subang Jaya
    • Majlis Perbandaran Kota Bharu
    • Majlis Perbandaran Kota Bharu: Pasir Tumboh
    • Majlis Perbandaran Kuala Langat
    • Majlis Bandaraya Shah Alam
    • Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
    • Majlis Daerah Machang
    • Majlis Perbandaran Sepang
    • Majlis Perbandaran Kajang
    • Majlis Perbandaran Kuala Selangor
    • Majlis Perbandaran Selayang
    • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    • Perbadanan Putrajaya
    • Majlis Bandaraya Petaling Jaya
    • Majlis Bandaraya Seremban
    • Majlis Bandaraya Seremban: Nilai
    • Majlis Perbandaran Klang
    • Majlis Perbandaran Ampang Jaya

    Touch ‘n Go eWallet juga akan menganjurkan promosi khas untuk tempat letak kenderaan, di mana pembayaran minimum RM0.40 akan menerima pulangan tunai sehingga RM0.50 untuk satu kali sahaja. Promosi ini hanya layak untuk 250,000 transaksi dan akan berlangsung sehingga 4 Ogos 2023.

    Para pengguna yang melaksanakan sekurang-kurangnya lima transaksi sepanjang tempoh promosi ini berpeluang memenangi hadiah menarik seperti PlayStation 5, telefon realme atau tambah nilai sebanyak RM100.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan memanfaatkan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured