More

    Touch ‘n Go eWallet perkenalkan GOremit untuk mudahkan pemindahan wang ke negara-negara Asia

    Pada hari ini, perkhidmatan e-dompet Touch ‘n Go eWallet memperkenalkan fungsi baharu untuk para penggunanya iaitu GOremit. Fungsi ini membenarkan pengguna untuk menghantar wang ke beberapa negara Asia yang terpilih.

    Pengguna TNG eWallet boleh menghantar wang ke lima negara Asia Tenggara iaitu Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam serta lima negara Asia selatan iaitu Bangladesh, India, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka.

    Sebagai sebahagian daripada usaha TNG eWallet untuk memperkenalkan perkhidmatan kewangan yang menyeluruh, GOremit boleh digunakan oleh golongan susah, pekerja asing dan pelajar luar negara untuk memudahkan mereka menghantar wang kepada orang tersayang di negara asal.

    Pengguna perlu melengkapkan pengesahan melalui eKYC untuk mengakses GOremit, kemudian mereka boleh memindahkan wang kepada akaun bank, e-dompet tempatan atau pusat pengambilan wang tunai. Buat masa ini, tiga e-dompet di luar negara menyokong pemindahan melalui GOremit iaitu bKash di Bangladesh serta GCash dan PayMaya di Filipina.

    Pemindahan wang akan mengambil masa sekitar 15 minit dan para pengguna akan menerima pemberitahuan dalam telefon mengenai proses pemindahannya.

    Pada masa yang sama, pengguna TNG eWallet juga boleh menerima wang dari luar negara melalui Wise dan Panda Remit. Ini akan memudahkan golongan pelajar luar negara yang sedang melengkapkan pengajian dalam universiti di Malaysia atau sesiapa sahaja yang memerlukan wang dari luar negara.

    Layari laman web Touch ‘n Go untuk maklumat lanjut mengenai GOremit. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured