More

    Touch ‘n Go eWallet perkenalkan SOS Balance untuk bantu anda bayar tol jika baki tidak cukup

    Aplikasi e-dompet Touch ‘n Go eWallet akan memperkenalkan fungsi baharu bernama SOS Balance yang bertujuan untuk bantu para pengguna bayar tol kenderaan di lebuh raya, walaupun dengan baki eWallet yang tidak mencukupi.

    Secara asasnya, jika anda berada di plaza tol dan ingin membayar tol namun anda menyedari bahawa baki eWallet tidak mencukupi, anda masih boleh membayar tol seperti biasa dengan fungsi SOS Balance. Kemudian, jumlah yang digunakan dalam SOS Balance itu perlu dibayar oleh anda dalam tempoh 24 jam selepas transaksi.

    Jika anda gagal membayar SOS Balance dalam tempoh 24 jam, semua fungsi pembayaran eWallet anda akan digantung, sehingga anda membayar SOS Balance tersebut.

    Perbezaan antara akaun yang dibenarkan mengguna SOS Balance, dengan akaun yang tidak dibenarkan

    SOS Balance akan diaktifkan secara automatik untuk para pengguna eWallet yang terpilih sahaja dan ia boleh digunakan tanpa sebarang caj tambahan. Para pengguna akan akan menerima notifikasi sebaik sahaja SOS Balance diaktifkan untuk akaun mereka.

    Untuk layak menggunakan SOS Balance, Touch ‘n Go mengatakan anda perlu mempunyai rekod menjelaskan pembayaran tertunggak (outstanding payments) yang konsisten, selalu menambah duit dalam eWallet serta aktif menggunakan eWallet dalam transaksi harian.

    Perlu diingati bahawa hanya beberapa lebuh raya terpilih sahaja yang menyokong pembayaran tol melalui SOS Balance.

    Perkhidmatan ini akan dilancar secara rasmi pada 23 Januari 2025. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Touch ‘n Go eWallet

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured