More

    Touch ‘n Go lancarkan kempen khas di Pulau Pinang untuk galakkan amalan pembayaran tanpa tunai

    Pada hari ini, Touch ‘n Go melancarkan kempen Walao Eh Just In Penang bagi menggalakkan budaya pembayaran tanpa tunai untuk tol, transit dan tempat letak kenderaan di Pulau Pinang. Kempen ini akan berlangsung sehingga Disember 2023 di pelbagai lokasi dalam Pulau Pinang dan Seberang Perai.

    Antara kaedah pembayaran yang akan ditunjukkan termasuklah Touch ‘n Go RFID dan kad Touch ‘n Go yang diperbaharui. Sebuah lori yang diubahsuai untuk kempen ini akan diletakkan di lokasi-lokasi utama dalam Pulau Pinang dan para pelawat boleh menikmati diskaun khas untuk tag RFID, kad yang diperbaharui atau pakej bundle Touch ‘n Go. Selain itu, pelanggan juga boleh dapatkan pemasangan tag RFID pada kenderaan mereka.

    125 tapak letak kenderaan di Pulau Pinang sudah pun menawarkan kaedah pembayaran dengan Touch ‘n Go, iaitu sebahagian daripada lebih 1,500 lokasi dalam seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

    Touch ‘n Go kini sudah menawarkan pelbagai jenis produk yang memudahkan pembayaran tanpa tunai, seperti kad dengan fungsi komunikasi medan berdekatan (NFC) untuk melakukan tambah nilai melalui telefon pintar dengan cepat. Produk NFC ini juga ditawarkan dalam pelbagai hiasan khas untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

    Jika anda selalu membayar tempat letak kenderaan dengan kad Touch ‘n Go, anda boleh melanggan kepada insurans takaful ParkInsure pada harga RM5 sebulan untuk memberi perlindungan insurans kepada kenderaan.

    Layari laman web Touch ‘n Go untuk maklumat lanjut tentang kempen Walao Eh Just in Penang. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured