More

    Touch ‘n Go lancarkan pesona siri kucing berbulu dengan NFC berharga RM30

    Seperti yang dikenali ramai, kucing oren sering bersifat nakal serta diberi gelaran “Oyen”. Kini, terdapat pesona baharu dalam siri Touch ‘n Go (TnG) Furry yang diilhamkan oleh kucing belang berwarna oren.

    Pesona ini dilengkapi dengan teknologi NFC, membenarkan pengguna untuk mengisi semula baki mereka dengan mudah melalui TnG eWallet mereka melalui telefon bimbit yang mempunyai NFC. Selain daripada pembayaran tol dan pengangkutan, pesona ini boleh digunakan dengan mudah untuk pembayaran tanpa tunai di lebih daripada 1,500 tapak letak kenderaan yang dilengkapi TnG di seluruh negara.

    Pesona kucing ini juga boleh digunakan sebagai aksesori peribadi seperti seperti menjadikannya sebagai rantai kunci pada beg atau dompet. Ia dijual pada harga RM30 setiap satu dan boleh dibeli di Pusat Perkhidmatan dan Jualan Touch ‘n Go di NU Sentral dan Bangsar South mulai 31 Oktober 2023. Pelanggan juga boleh membeli pesona ini secara dalam talian dari TnG Official Shopee Mall.

    Ketahui lebih lanjut mengenai siri TnG Furry di laman web rasminya di sini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured