Touch ’n Go terus memperkenalkan produk inovatif bagi memudahkan perjalanan harian rakyat Malaysia dengan menawarkan pelbagai pilihan pembayaran tol dan pengangkutan awam yang lebih fleksibel dan selamat. Antara produk utama termasuk kad NFC dan tag RFID yang boleh ditambah nilai terus melalui aplikasi Touch ’n Go eWalllet.
Produk ini boleh didapati secara dalam talian melalui Touch ’n Go Shop, Pusat Servis & Jualan Touch ’n Go di Nu Sentral dan Bangsar South selain di kedai serbaneka terpilih seperti 7-Eleven,stesen minyak Caltex serta Petronas. Pengguna digalakkan untuk mendaftarkan kad mereka di aplikasi eWallet bagi tujuan keselamatan.



Lebih menarik, Touch ’n Go turut memperkenalkan ciri SOS Balance yang membolehkan pengguna yang layak tetap melalui tol walaupun baki tidak mencukupi. Pengguna diberi tempoh 24 jam untuk menambah nilai dan melangsaikan bayaran tanpa caj tambahan.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






