More

    Touch ‘n Go perkenalkan ekosistem pembayaran tol baharu untuk mudahkan pengguna

    Touch ‘n Go hari ini memperkenalkan ekosistem pembayaran generasi seterusnya dalam acara MyARTTE 2025 bagi memudahkan para pengguna jalan raya dalam melaksanakan pembayaran di tol, tempat letak kereta dan pengangkutan awam. Antara kaedah pembayaran baharu yang diperkenalkan adalah Titan Flow, sistem Aliran Pantas Multi-Lorong (Multi-Lane Fast Flow, MLFF) serta inovasi digital dalam tol, parking, transit dan gerakan korporat.

    Dengan MLFF, Touch ‘n Go menunjukkan kesediaan mereka untuk menggunakan sistem tol yang lebih pintar dan tiada palang bagi menyokong kaedah pembayaran terbuka (open payment mobility solutions). Ekosistem ini akan memanfaatkan lebih 24 juta pengguna eKYC (electronic Know Your Customer) yang disahkan dan empat juta pengguna RFID bagi menyediakan asas yang kukuh untuk tol digital kebangsaan.

    Selain itu, Touch ‘n Go turut melaporkan bahawa fungsi SOS Balance yang diperkenalkan pada awal tahun ini telah pun membantu lebih 14 juta pengguna jalan raya dan membantu transaksi tol sebanyak RM42 juta. SOS Balance membenarkan pengguna jalan raya membayar tol walaupun mereka tidak mempunyai baki yang cukup dalam akaun Touch ‘n Go. Pengguna hanya perlu bayar tol seperti biasa dan mereka akan diberi tempoh 24 jam untuk membuat pembayaran.

    Platform pembayaran Touch ‘n Go dibina berdasarkan Titan Flow iaitu sistem MLFF yang dibangunkan oleh orang Malaysia sendiri. Ia menggabungkan sistem pengenalan frekuensi radio (RFID), pengesahan nombor plat automatik (ANPR) dan 3D LiDAR yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengkelaskan kenderaan secara automatik dan lebih tepat.

    Di samping pembayaran tol di lebuhraya, ekosistem Touch ‘n Go turut merangkumi tempat letak kereta, pengangkutan awam dan pengurusan kenderaan-kenderaan korporat. Ini termasuklah Parking Ecosystem untuk membenarkan pembayaran parking tanpa tunai dengan teknologi Pengesahan Plat Lesen (LPR), Digital Transit Pass untuk menaiki pengangkutan awam Rapid KL dan Touch ‘n Go Fleet Solutions untuk menjejak penggunaan kenderaan yang dimiliki syarikat anda.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...