More

    TQ Wuling Bingo EV dibuka untuk tempahan – jarak sehingga 410 km, pengecasan 30–80% dalam 35 minit

    TQ Wuling telah membuka tempahan untuk kereta elektrik Bingo EV yang hanya beberapa hari selepas spesifikasi terkini hatchback ini diumumkan. Menurut laman rasmi pengeluar, kedua-dua varian Pro dan Max boleh ditempah dengan bayaran RM50 termasuk pilihan warna semasa proses tempahan.

    Varian Pro ditawarkan dalam Neon Blue, Milky White dan Lavender Purple manakala Max menambah satu lagi pilihan Lavender Purple. Kesemua warna didatangkan dengan bumbung hitam untuk menambah sentuhan moden pada rekaan luaran. Antara ciri luaran yang menonjol ialah lampu utama LED, lampu siang berbentuk X (DRL) dan lampu belakang yang unik.

    Bahagian dalam kabin pula menampilkan kerusi kulit dan sistem paparan ganda 10.25 inci yang menyepadukan infotainmen dan instrumen pemanduan. Kabin juga menawarkan 15 ruang storan serta kapasiti bagasi sehingga 790 liter menjadikannya praktikal untuk penggunaan harian. Bingo EV Pro dipacu oleh bateri 31.9 kWh dengan jarak pemanduan sehingga 333 km manakala Max menggunakan bateri 37.9 kWh untuk jarak 410 km.

    Kedua-dua varian menggunakan single reduction gear dan dengan pengecas pantas 50 kW DC, bateri boleh dicas dari 30% ke 80% dalam hanya 35 minit. Untuk keselamatan, kedua-dua varian dilengkapi enam beg udara, ABS dengan EBD, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), TPMS dan brek parkir belakang dengan Auto-Hold.

    TQ Wuling dijangka melancarkan Bingo EV secara rasmi menjelang penghujung tahun ini dengan pemasangan tempatan (CKD) dan harga dijangka berada di bawah RM100,000. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi TQ Wuling di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...