Terkini, sumber memaklumkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandatangani arahan eksekutif yang ditujukan khas kepada syarikat media sosial termasuklah Twitter dan Facebook. Arahan ini dikatakan mungkin akan membatalkan atau mengurangkan penapisan kandungan politik yang dimuat naik di media sosial.
Jika anda masih belum tahu, baru-baru ini Twitter telah menapis kandungan ciapan yang dimuat naik oleh Trump dan melabelnya sebagai kandungan palsu atau mengelirukan. Mungkin hal ini tidak berkaitan dengan Malaysia, namun dapatkah ada menjangkakan apa yang terjadi sekiranya tiada penapisan kandungan di laman media sosial?
Trump dikatakan mengeluarkan kenyataan kekecewaannya dan menyifatkan hal ini sebagai hal yang tidak adil. Namun, apa pula pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: LA Times






