More

    Trump tangguhkan tarikh pengharaman TikTok di AS

    Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah mengeluarkan perintah eksekutif supaya perkhidmatan media sosial TikTok di negara itu dihentikan atau dijual kepada syarikat AS sebelum 15 September. Kini, Presiden Trump menangguhkan tarikh tamat tersebut sebanyak 45 hari lagi kepada 12 November.

    Dalam perintah eksekutif terbaru yang memperkenalkan tarikh ini, syarikat pemilik TikTok, ByteDance, perlu memadam semua data TikTok daripada para pengguna di AS dan lapor kepada Suruhanjaya Pelaburan Luar Negara AS selepas pemadaman tersebut dilaksanakan. Selain itu, ByteDance perlu memadam data aplikasi Musical.ly yang merupakan versi awal kepada TikTok.

    Sebelum ini, dua syarikat teknologi AS iaitu Microsoft dan Twitter telah menyatakan hasrat untuk membeli perkhidmatan media sosial tersebut. Presiden Trump mengatakan TikTok perlu diharamkan atau dijual kepada syarikat AS bagi mengelakkan sebarang ancaman keselamatan yang dibawa oleh media sosial itu.

    Sementara itu, perkhidmatan media sosial lain telah pun memperkenalkan fungsi mirip TikTok, contohnya fungsi Reels dalam Instagram. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured