More

    Trump ugut kenakan tarif 25% ke atas iPhone dan Samsung jika tidak dihasilkan di AS

    Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengancam akan mengenakan cukai import sebanyak 25% ke atas iPhone jika ia tidak dihasilkan dalam negara itu. Kenyataan tersebut dibuat melalui platform Truth Social yang menyebabkan saham Apple jatuh sebanyak 2.6% dengan kehilangan hampir 70 bilion dolar Amerika.

    Trump berkata beliau telah lama memaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, bahawa iPhone yang dijual di Amerika mesti dibuat di Amerika, bukan di India atau negara lain. Jika tidak, Apple perlu membayar cukai import sekurang-kurangnya 25%. Tambahnya, pengeluar lain seperti Samsung dan semua telefon pintar yang dibuat di luar negara akan dikenakan tarif yang sama, kecuali mereka membuka kilang di Amerika Syarikat.

    Setakat ini, kebanyakan iPhone dihasilkan di China, namun Apple telah mula beralih ke India untuk pasaran Amerika bagi mengelak kesan perang perdagangan. Trump menyatakan bahawa selepas bertahun-tahun memberi kelonggaran kepada Apple untuk beroperasi di China, kini tiba masanya syarikat itu membina kilang di tanah air sendiri.

    Penganalisis memberi amaran bahawa pembuatan iPhone di Amerika akan menelan kos yang tinggi mencecah sehingga tiga kali ganda iaitu sekitar 3,500 dolar Amerika bagi setiap unit, berbanding harga semasa. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    SUmber: The Guardian

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured