More

    Trump umum sekatan eksport cip AI termaju daripada Nvidia ke negara lain

    Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan bahawa cip kecerdasan buatan (AI) paling canggih milik Nvidia iaitu Blackwell tidak akan dijual ke China atau mana-mana negara lain selain Amerika.

    Trump mengatakan bahawa cip berprestasi tinggi itu akan menjadi eksklusif untuk pasaran domestik dengan alasan untuk melindungi keselamatan negara dan mengekalkan kelebihan teknologi Amerika. Langkah ini dijangka memperketat lagi sekatan eksport semikonduktor Amerika yang sedia ada terutama terhadap China.

    Walau bagaimanapun, Trump memberi bayangan bahawa versi Blackwell yang kurang berkuasa mungkin dibenarkan untuk pasaran luar. Cip Blackwell sebelum ini menjadi nadi utama kepada sistem AI generatif termasuk pembangunan model seperti ChatGPT dan Gemini.

    Nvidia juga telah menghantar lebih 260,000 unit cip tersebut ke Korea Selatan untuk syarikat besar seperti Samsung Electronics. Namun, di bawah pentadbiran baharu Trump, laluan eksport sebegini mungkin disemak semula. Langkah sekatan dilihat sebagai usaha Washington mengekang peningkatan teknologi AI China yang pesat.

    Penganalisis menyifatkan pendekatan Trump sebagai isyarat bahawa cip AI kini dianggap aset strategik setaraf senjata pertahanan dalam persaingan global. Ketika ditanya tentang reaksi China, Trump menegaskan keputusan itu adalah “demi kepentingan Amerika” dan menolak sebarang rundingan semula dalam masa terdekat.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...