More

    Trump umum tarif import 100% untuk cip asing tanpa pelaburan di AS

    Presiden Donald Trump mengesahkan pentadbirannya akan memperkenalkan tarif import sehingga 100% ke atas cip dan semikonduktor asing kecuali jika syarikat terbabit telah melabur atau membina kilang di Amerika Syarikat.

    Trump menjelaskan bahawa langkah ini akan diumumkan seawal minggu depan sebagai usaha untuk memulangkan pengeluaran cip ke tanah AS dan mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar seperti China, Korea Selatan dan Taiwan.

    Syarikat seperti Apple, TSMC, Samsung, SK Hynix, Nvidia dan AMD yang mempunyai projek kilang aktif atau komitmen pelaburan di AS akan dikecualikan daripada tarif ini. Namun, Trump memberi amaran bahawa pengecualian boleh ditarik balik dan tarif akan dikenakan secara retroaktif jika syarikat gagal menepati janji.

    Langkah ini menyebabkan saham SK Hynix jatuh lebih 3% sebelum pulih semula selepas diumumkan syarikat itu dikecualikan. Penganalisis menjangka harga elektronik mungkin meningkat sekiranya tarif dilaksana tanpa peralihan bersifat bertahap.

    Tarif ini sebahagian daripada agenda “America First 2.0” Trump dalam penggal kedua dengan fokus untuk menjadikan AS peneraju utama dalam pengeluaran cip dan teknologi strategik. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: AndroidHeadlines

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...