More

    TSMC akan perkenalkan cip 3nm pada akhir tahun 2022, cip 2nm pada 2025

    Syarikat semikonduktor utama dari Taiwan, Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC), telah mengumumkan garis perancangannya untuk tahun-tahun hadapan dalam acara 2022 TSMC North America Technology Symposium.

    Syarikat itu berkata mereka akan memperkenalkan cip yang dibina dengan nod proses 3nm bermula tahun ini, di mana ia akan diperkenalkan dalam lima tahap iaitu N3, N3E (Enhanced), N3P (Performance Enhanced), N3S (Density Enhanced) dan N3X (Ultra High Performance).

    Syarikat semikontuktor itu turut menggariskan pelan untuk cip dengan nod proses 2nm yang akan diperkenalkan pada 2025. Jika dibandingkan dengan N3E, ia bakal menawarkan prestasi lebih pantas sehingga 15% dan penjimatan tenaga sehingga 30% pada tahap frekuensi dan transistor sama.

    Ketumpatan cip dalam N2 akan ditingkatkan daripada N3E sebanyak 1.1 kali ganda. TSMC turut memperkenalkan teknologi GAAFETs (gate-all-around field-effect transistors), iaitu transistor helaian nano (nanosheet) yang akan meningkatkan prestasi untuk setiap watt yang dibekalkan, dengan mengurangkan rintangan elektrik.

    Jika anda tidak biasa dengan kepanjangan nod proses dalam cip, ia merujuk kepada panjang transistor dalam cip tersebut di mana nod proses yang lebih pendek akan menghasilkan prestasi yang lebih pantas untuk peranti elektronik. Walau bagaimanapun, pengilangan nod proses yang pendek adalah lebih sukar. Cipset telefon pintar tercanggih untuk pasaran komersial pada waktu ini mempunyai nod proses 4nm yang terdapat pada Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 dan MediaTek Dimensity 9000.

    Kongsi pendapat anda tentang perkembangan cip ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TSMC

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured