More

    TSMC bakal hasilkan cip dengan proses 1.6nm menjelang 2026

    TSMC mengumumkan proses pembuatan 1.6nm untuk cip dan ia juga termasuk rangkaian penghantaran kuasa yang meningkatkan kecekapan kuasa dan ketumpatan transistor dengan lebih baik. Proses 1.6nm yang diumumkan bergantung pada transistor helaian nano gate-around sama seperti seni bina N2, N2P dan N2X yang akan datang berdasarkan nod 2nm.

    Cip terbaharu ini memiliki kadar memproses 10% lebih tinggi pada voltan yang sama dan saluran kuasa sehingga 20% lebih pada frekuensi serta kerumitan yang sama. Bergantung pada reka bentuk cip, proses 1.6nm baharu juga boleh memuatkan sehingga 10% lebih transistor.

    Rangkaian penghantaran kuasa bahagian belakang boleh dikatakan merupakan aspek yang lebih mengagumkan bagi cip masa hadapan ini kerana ia membolehkan ketumpatan transistor meningkat dan penghantaran kuasa yang lebih baik.

    TSMC menggunakan Super Power Rail (SPR) iaitu jenis palam yang digunakan untuk menyambungkan cip ke sumber kuasa. Rangkaian penghantaran kuasa bahagian belakang akan terbukti memberi manfaat kebanyakan kepada pemproses AI dan HPC yang memerlukan pendawaian isyarat yang kompleks serta padat.

    Garis masa pengeluaran dijadualkan pada penggal kedua tahun 2026 dan jika semuanya mengikut perancangan, penghantaran produk sedia untuk pengguna pertama pada tahun 2027. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TSMC

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured