fbpx
More

    TSMC rancang hasilkan cipset 2nm bermula 2023

    Syarikat pembina semikonduktor terkemuka Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) telah memaklumkan bahawa mereka merancang untuk menghasilkan cip elektronik dengan proses 2 nanometer (nm) seawal 2023. Jika perancangan tersebut boleh dilaksanakan, TSMC bakal menghasilkan cip tercanggih dalam masa dua tahun lagi.

    Kerajaan Taiwan telah meluluskan pelan TSMC itu untuk membina kilang khas di bandar Hsinchu yang bakal dikhaskan untuk penghasilan cip 2nm. Ia bakal menggunakan 98,000 tan air setiap hari dan TSMC merancang untuk mengitar semula 100% sumber airnya pada 2030.

    Untuk makluman, nm merujuk kepada saiz transistor yang boleh dimasukkan ke dalam sebuah cip. Saiz nm yang lebih kecil bermakna saiz transistor yang lebih kecil dan lebih banyak transistor boleh dimasukkan ke dalam sebuah cip, lantas meningkatkan lagi prestasi cip tersebut.

    Sebagai contoh, cip A14 Bionic yang dilengkapkan dalam siri iPhone 12 dibuat dengan proses 5nm dan mempunyai 11.8 bilion transistor. Cipset telefon andalan dari Qualcomm, Snapdragon 888, juga dibina dengan proses 5nm.

    Walau bagaimanapun, proses mengecilkan saiz transistor adalah sangat mencabar dan untuk mengurangkan sebanyak 1nm pun memerlukan teknologi yang sangat canggih.

    Semalam, Intel mengakui bahawa mereka telah ketinggalan berbanding teknologi TSMC namun mereka yakin bahawa mereka boleh kembali menghasilkan cip tercanggih bermula 2025.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk bebrita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple perkenalkan kawalan peranti dengan mata dan ‘Music Haptics’

    Ketika Google I/O sedang berlangsung, Apple berjaya mencuri perhatian dengan mengumumkan beberapa ciri keupayaan akses yang akan membolehkan orang kurang upaya menggunakan...

    Infinix GT 20 Pro antara telefon terawal sokong MLBB dan PUBG dalam 120 fps

    Infinix yang merupakan penaja telefon gaming rasmi untuk tahun kedua berturut-turut di PUBG MOBILE Super League (PMSL) di Eropah, Rantau Timur Tengah...

    Astro bakal siar semua perlawanan siaran langsung UEFA EURO 2024 di SPOTV

    Astro Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA EURO 2024 akan disiarkan dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) melalui dua saluran...

    HONOR tawarkan Beta Android 15 untuk pembangun pada Magic6 Pro dan Magic V2

    Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan bahawa Beta 1 Android 15 kini tersedia untuk pembangun HONOR sejak 10 Mei 2024. HONOR...

    Meta wajib jelaskan tindakan memadam hantaran pertemuan Anwar, Hamas

    Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini mengecam tindakan Meta menghapuskan laporan berita mengenai pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X