Sejak peranti flagship HUAWEI P40 Pro+ dilancarkan di Malaysia, ia telah meninggalkan impak yang besar dalam industri telefon pintar tempatan. Selain fotografi menawan daripada Ultra Vision Penta Camera, ia turut dilengkapi spesifikasi tercanggih pada waktu ini termasuk cipset Kirin 990 5G dan perisian HUAWEI yang efisien. Pemilik HUAWEI P40 Pro+ juga bakal alami kehebatan 5G sebaik sahaja ia diperkenalkan dalam Malaysia kerana telefon ini menyokong rangkaian tersebut.
Jika anda masih teragak-agak dengan kehebatan HUAWEI P40 Pro+, berikut adalah tiga cirinya yang menunjukkan fleksibiliti kesinambungan hubungan HUAWEI Share dan tentu akan mengagumkan anda:
1 – Sistem kamera Ultra Vision Leica Penta

Buat penggiat fotografi, HUAWEI P40 Pro+ dengan teknologi Penta Camera sebenarnya boleh dianggap sebagai alternatif mantap kepada kamera utama mereka. Dengan lima lensa termasuk lensa utama 50MP, lensa ultralebar, dua lensa telefoto dan sensor kedalaman time-of-flight (ToF), ia mempunyai kebolehan fotografi manual dengan pelbagai tetapan, termasuk video 4K 60fps serta prestasi fotografi malap yang sangat cantik.
HUAWEI P40 Pro+ turut dilengkapi teknologi HUAWEI AI Golden Snap yang membolehkan pengguna untuk memilih gambar terbaik serta membuang orang di latar belakang atau pantulan yang tidak dikehendaki.
2 – Menghubungkan pelbagai jenis peranti dengan lebih mudah

Dengan hanya satu sentuhan, HUAWEI P40 Pro+ dan HUAWEI MateBook akan dihubungkan di mana anda boleh menggunakan kedua-dua peranti tersebut dalam satu skrin sahaja. Anda boleh memindahkan fail dengan mudah melalui kaedah drag-and-drop di antara dua peranti ini.
Kawalan Multi-Device Control Panel menyediakan platform yang membenarkan pengguna untuk melihat semua peranti yang terhubung dengan sekilas pandang sahaja. Ia juga boleh mencari peranti berhampiran yang boleh dihubungkan untuk meningkatkan pengalaman pengguna, sebagai contoh jika pembesar suara HUAWEI Sound X berada berhampiran dengan pengguna apabila lagu dimainkan dalam HUAWEI Music, Multi-Device Control Panel akan mencadangkan agar peranti disambungkan dengan Sound X untuk audio yang lebih kuat.
3 – Widget Petal Search membantu anda mencari aplikasi kegemaran

HUAWEI P40 Pro+ datang dengan Petal Search iaitu sebuah alat carian aplikasi yang direka khas oleh HUAWEI bagi memudahkan pengguna untuk mencari aplikasi, kandungan dan berita kegemaran. Petal Search boleh digunakan dengan tiga langkah mudah:
- Langkah 1 – Klik butang ‘Find Apps’ dalam laman utama (homescreen).
- Langkah 2 – Petal Search akan menunjukkan aplikasi yang mungkin anda inginkan. Jika anda ingin mencari aplikasi lain, taipkan namanya dalam kotak carian.
- Langkah 3 – Petal Search akan memberi cadangan aplikasi yang paling relevan dengan carian anda dan beri pilihan sama ada aplikasi tersebut boleh dimuat turun daripada Huawei AppGallery, pautan (link) rasmi, versi laman web atau pasang daripada platform pihak ketiga.
Kini anda boleh lihat bagaimana HUAWEI P40 Pro+ boleh memudahkan urusan harian anda. Ketahui bagaimana produk-produk lain dalam ekosistem HUAWEI boleh menyenangkan tugasan dan hidup anda di laman rasmi HUAWEI Together 2020.
Ikuti kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
[Ditaja]






