More

    Tugasan harian anda lebih lancar dengan Samsung Galaxy A32!

    Jika anda menginginkan telefon pintar kelas pertengahan yang lebih daripada mampu untuk melaksanakan tugasan harian anda, Samsung Galaxy A32 menampilkan fungsi yang lengkap untuk memenuhi keperluan tersebut. Dengan harga RM1,099, telefon ini dilengkapi spesifikasi mantap untuk pelbagai tujuan – daripada tugasan kerja hinggalah aplikasi hiburan.

    Berikut adalah cara bagaimana telefon mampu milik ini mampu memudahkan pelbagai tugasan anda dengan lebih lancar:

    Spesifikasi mantap untuk prestasi pantas

    Samsung Galaxy A32 dilengkapi pemproses lapan teras Helio G80 yang mampu menyokong ratusan aplikasi dengan pantas termasuklah aplikasi media sosial, hiburan, produktiviti serta pekerjaan. Bukan itu sahaja, Helio G80 mampu memainkan game-game popular seperti COD Mobile dan PUBG Mobile dengan kadar bingkai (frame rate) yang lancar.

    Dengan RAM 8GB, Galaxy A32 boleh membuka banyak aplikasi secara serentak dan masih mampu untuk menjana prestasi yang pantas. Selain itu, storan dalaman 128GB juga adalah cukup untuk menyimpan bermacam jenis fail, game, dokumen atau gambar yang diambil dengan kameranya.

    Jika 128GB pun masih tidak cukup, Galaxy A32 mampu menyokong kad memori luaran sehingga 1TB.

    Samsung Galaxy A32 ditawarkan dalam dua warna yang menarik

    Tak perlu risau tentang bateri

    Ramai di antara kita semakin bergantung kepada telefon untuk melakukan pelbagai tugas di luar, jadi bateri yang mampu tahan lama adalah satu keutamaan. Mujur, Samsung Galaxy A32 dilengkapi bateri besar 5,000mAh yang mampu bertahan sehingga dua hari, jadi anda tidak perlu lagi risau tentang isu kehabisan bateri pada waktu malam.

    Sewaktu pengecasan pula, telefon ini menyokong pengecasan pantas 15W jadi anda tidak perlu lagi menunggu lama di palam elektrik untuk mengecas baterinya ke tahap yang tinggi.

    Ciri Keselamatan tinggi untuk fail penting

    Jika anda menyimpan fail yang mengandungi rahsia penting dalam Samsung Galaxy A32, anda boleh aktifkan fungsi Secure Folder untuk tingkatkan lagi ciri keselamatan fail-fail anda. Fungsi Secure Folder memerlukan anda untuk menetapkan sebuah kata laluan (password) unik yang berasingan daripada kata laluan pembuka skrin (screen unlock) agar ia sukar diakses oleh pihak luar yang tidak bertanggungjawab.

    Selain itu, Samsung Galaxy A32 juga dilengkapi fungsi keselamatan Samsung Knox yang melindungi telefon anda daripada diceroboh oleh penggodam atau penjenayah siber.

    Pengimbas jari yang pantas pada skrin

    Bercakap tentang keselamatan, anda pasti tidak mahu telefon anda diakses oleh sesiapa pun selain anda. Galaxy A32 dilengkapi pengimbas cap jari pada skrin yang bukan sekadar memastikan hanya anda sahaja yang boleh mengakses skrin telefon ini, malah mampu mengimbas dengan laju agar anda boleh mula menggunakan telefon dengan segera.

    Samsung Galaxy A32 tampilkan pengimbas cap jari dalam skrin yang responsif

    Samsung Pay mudahkan transaksi harian

    Pandemik COVID-19 yang menular sejak 2020 telah meningkatkan kesedaran orang ramai untuk mengamalkan urus niaga tanpa sentuh (contactless) dalam urusan harian. Galaxy A32 dilengkapi fungsi Samsung Pay untuk memudahkan anda membuat pembayaran di kaunter dengan hanya meletakkan telefon anda di ruang pengimbas.

    Dengan ciri ini, anda bukan sahaja tidak perlu membawa wang kertas dan duit syiling yang banyak, malah mengurangkan risiko jangkitan kuman yang boleh menular melalui pertukaran wang fizikal. Anda juga boleh menghubungkan Samsung Pay dengan kad penghargaan (loyalty card) tertentu untuk memudahkan pembayaran.

    Dengan komponen ciri di atas, Samsung Galaxy A32 memang akan membantu memudahkan tugasan harian anda dan ia adalah produk yang tepat jika anda mahukan gajet berkualiti tinggi. Ia dijual dalam pasaran Malaysia pada harga RM1,099 dan terdapat tawaran khas untuk para pembaca TechNave, di mana anda boleh mendapatkan Samsung Car Charger secara percuma dengan pembelian telefon ini.

    Anda hanya perlu membelinya di laman web Samsung Malaysia dan menaip kod promosi TECHAVIP sewaktu ingin membuat pembayaran. Promosi ini akan berlangsung sehingga 15 April.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli Samsung Galaxy A32 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...