More

    TV Android mampu milik, OnePlus TV siri U dan siri Y dilancarkan: Tontonan 4K berharga ~RM744

    OnePlus baru sahaja melancarkan beberapa model TV pintar dengan harag yang sangat berpatutan di pasaran India. Model TV baharu ini tergolong kepada dua siri iaitu OnePlus TV siri U dan OnePlus TV siri Y.

    Untuk pengetahuan anda, terdapat model 55 inci 4K, 43 inci FHD dan 32 inci HD dalam dua siri ini. Kesemuanya dioperasikan oleh sistem Android Pie TV dengan antara muka yang bernama OxygenPlay.

    OnePlus TV siri U 55 inci 4K

    Model 55 inci dengan janaan cip MediaTek MT5887, memori 3GB dan storan dalaman 16GB ini merupakan model yang paling gah di antara model baru yang dilancarkan.

    Ia direka dengan kerangka besi dan bingkai aluminium aloi yang menampakkan model TV ini lebih menarik. Terdapat juga pelindung boleh tanggal untuk melindungi port di TV anda.

    TV 55 inci ini dilengkapi panel paparan LED beresolusi 3840 x 2160 piksel dengan sokongan warna gamut DCI-P3 sehingga 93%. Teknologi Gamma Engine yang digunakan bertindak untuk mengoptimumkan tontonan dengan menambah baik warna. Turut hadir adalah sokongan HDR, HDR 10/10+, Dolby Vision dan HLG.

    OnePlus TV siri Y 43 inci FHD dan 32 inci HD

    Model 43 inci dan 32 inci siri Y pula hadir dengan kebanyakan spesifikasi yang sama. Spesifikasi yang sama termasuklah sokongan HD, pengoptimuman Gamma Engine dan konfigurasi pembesar suara 20W dengan sokongan bunyi Dolby.

    Kedua-dua model ini hadir dengan memori 1GB dan storan sehingga 8GB. Untuk pengetahuan anda, TV ini boleh dikawal melalui peranti Android atau iOS anda menggunakan Bluetooth.

    Sebagai peringatan, harga yang dipaparkan dalam Ringgit Malaysia (RM) ialah harga yang ditukarkan ke dalam nilai mata wang Malaysia berdasarkan harga rasminya di pasaran India.

    "
    "
    • OnePlus TV siri U 55 inci: 49,999 Rupee (~RM2,864)
    • OnePlus TV siri U 55 inci: 22,999 Rupee (~RM1,317)
    • OnePlus TV siri U 55 inci: 12,999 Rupee (~RM774)

    Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan kehadiran TV mesra poket ini di pasaran Malaysia. Beritahu kami di laman Facebook jika anda berminat dengan TV pintar ini dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gadgets360

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured