More

    Twitch benarkan “streamer” untuk strim secara serentak pada platform pesaing termasuk YouTube, TikTok

    Dalam satu pengumuman terbaru Twitch pada acara TwitchCon di Las Vegas, gergasi strim itu kini membenarkan penggunanya menstrim serentak pada platform video langsung yang lain.

    Walaupun Twitch sebelum ini melonggarkan garis panduan mengenai penstriman silang ke platform media sosial seperti TikTok dan Instagram, ini merupakan perubahan ketara yang membuka pintu untuk penstriman merentas mana-mana platform melainkan penstriman terikat dengan kontrak eksklusif dengan Twitch.

    Sejak kebelakangan ini, beberapa nama besar seperti Ludwig telah meninggalkan Twitch untuk platform pesaing seperti YouTube. Dengan membenarkan pencipta lebih banyak kebebasan untuk menyiarkan secara serentak, Twitch menyasarkan pencipta peringkat pertengahan yang mungkin bercadang untuk berpindah kerana kebimbangan hasil pendapatan.

    Melalui pandangan sudut lain dengan membenarkan pilihan penstriman yang lebih fleksibel, Twitch sebenarnya meluaskan jangkauannya. Streamer boleh membawa penonton pada platform yang berbeza dan berpotensi menarik mereka kembali ke Twitch. Selain itu, ia mencerminkan dengan baik kesediaan Twitch untuk menyesuaikan diri dalam persaingan yang sihat. 

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Twitch

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured