More

    Twitter alih keluar tanda pengesahan daripada akaun yang enggan bayar

    Sejak 1 April 2023 lepas, Twitter kekal dengan kata-katanya mengenai mengalih keluar lencana pengesahan daripada akaun rasmi. Ini terpakai kepada akaun yang sudah mempunyai tanda biru (blue tick) tetapi tidak membayarnya.

    Banyak organisasi dan tokoh awam tidak akan membayar untuk tanda biru. Ini termasuk media seperti The New York Times, CNN, Los Angeles Times, Washington Post serta diikuti oleh Lebron James dan penyanyi rap Ice T. Sejak pengumuman Elon Musk mengenai yuran langganan blue tick, ia telah mendapat banyak kritikan dan mengundang ‘troll’ untuk buat akaun palsu.

    Sekiranya anda tidak tahu, terdapat tiga lencana pengesahan berwarna berbeza di Twitter. Organisasi perniagaan menggunakan tanda emas, organisasi gabungan kerajaan atau pelbagai hala mempunyai tanda kelabu dan akhir sekali, akaun individu masih menggunakan tanda biru. 

    Walau bagaimanapun, organisasi perlu membayar yuran bulanan sebanyak $1,000 (~RM4,423) hanya untuk tanda emas manakala tanda biru pada RM35 sebulan. Akaun yang masih belum membayar untuk pengesahan, lencana akan dialih keluar secara beransur-ansur dan ini akan mengambil sedikit masa kerana Twitter mempunyai jumlah pengguna yang besar.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber:  BBC

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...