More

    Twitter bangunkan pemberitahuan ‘Search Subscribe’ untuk tweet baharu dalam carian

    Nampaknya, Twitter sedang menyediakan cara untuk mendapatkan pemberitahuan tentang tweet baharu yang sepadan dengan istilah carian tertentu di aplikasi mudah alih.

    Seperti yang dikongsikan oleh Dylan Roussel di Twitter, versi terkini Twitter Alpha termasuk ciri yang dipanggil “Search Subscribe” yang diambil daripada TweetDeck. Walaupun Langgan Carian (Search Subscribe) belum dilancarkan dalam aplikasi, Roussel berjaya mendayakan ciri tersebut menawarkan pratonton cara ciri tersebut berfungsi.

    Untuk melakukan carian dalam aplikasi Twitter, anda perlu klik pada ikon loceng di sebelah bar carian dan akan dimaklumkan bahawa anda telah melanggan untuk menerima pemberitahuan mengenai Tweet yang dicari. Dua tangkapan skrin pratonton di atas kelihatan seperti keupayaan TweetDeck untuk mendayakan pemberitahuan untuk mana-mana lajur tertentu.

    Roussel tidak dapat menunjukkan pemberitahuan yang akan dibuat oleh Langganan Carian Twitter yang berkemungkinan ia masih dalam proses. Pemberitahuan masih tidak jelas sama ada dihantar dalam masa nyata atau lebih berkala. 

    Ciri Twitter baharu yang menarik menjadi trend terkini dilancarkan sebagai eksklusif premium. Berkemungkinan juga Langganan Carian akan menjadi bahagian baharu langganan Twitter Blue berbayar. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: 9to5google

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...