More

    Twitter bawakan reka bentuk pratonton imej yang lebih besar kepada versi webnya

    Pada bulan Mac, Twitter yang menghadapai kontroversi algoritmanya telah mula menguji cara baharu untuk pratonton imej pada platform iOS dan Android. Beberapa bulan kemudian, ia melancarkan keupayaan untuk melihat pratonton imej yang lebih besar pada iOS dan Android. Kini, ciri ini akhirnya tiba untuk pengguna web.

    Menurut Twitter Support, ciri ini telah dilancarkan semalam kepada semua pengguna seperti Tweet di bawah. Pengguna yang menghantar atau memuat naik gambar ke Twitter akan kelihatan lebih besar daripada sebelumnya. Anda tidak perlu lagi mencari pilihan algoritma untuk bahagian paparan imej.

    Satu lagi ciri yang diumumkan Twitter adalah keupayaan untuk memuat naik dan melihat imej 4K pada aplikasinya yang masih dalam ujian beta untuk sesetengah pengguna. Pelancaran pratonton imej yang lebih besar pada versi web ini hadir hanya beberapa hari selepas Twitter memperkenalkan Twitter Blue ke Amerika Syarikat dan New Zealand.

    Dengan $2.99 (~RM12) sahaja, pelanggan Blue boleh membuka kunci fungsi tambahan termasuk keupayaan untuk membuat asal tweet yang baru dihantar (bukan butang edit) dan akses kepada ciri tema dan penanda halaman baharu.

    Berikut adalah fungsi yang terdapat dalam langganan Twitter:

    • Undo Tweet: tersedia kepada pengguna iOS, Android dan web
    • Ad-free articles: tersedia kepada pengguna iOS dan web
    • Thread Viewer: tersedia kepada pengguna iOS, Android dan web
    • Bookmark Folders: tersedia untuk pengguna iOS dan Android
    • App icons: tersedia untuk pengguna iOS dan Android
    • Upload longer videos: tersedia untuk pengguna Android
    • Top Articles: tersedia kepada pengguna iOS dan web
    • Custom navigation: tersedia untuk pengguna iOS
    • App Theme: tersedia untuk pengguna iOS
    • Pinned conversations: tersedia untuk pengguna iOS

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5mac

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured