More

    Twitter dan Facebook sekat akaun Donald Trump akibat melanggar dasar integriti

    Semalam, penyokong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah membuat perhimpunan tidak aman di kawasan pentadbiran Amerika Syarikat atas kekalahan pilihan raya mereka tidak lama yang lalu.

    Berkenaan hal tersebut, Donald Trump telah memuat naik sebuah video dan memberi beberapa kenyataan di media sosialnya. Namun, kenyataan yang disuarakan oleh Donald Trump telah melanggar dasar integriti media sosial Twitter. Sejurus itu, Twitter terus mengambil tindakan dengan membuang tweet tersebut.

    Tambahan lagi, Twitter juga telah menyekat akaun Donald Trump selama 12 jam sehingga keadaan di pusat pentadbiran Amerika Syarikat semakin reda.

    Twitter juga memberi amaran jika perkara ini berlaku lagi, mereka akan menyekat akaun tersebut secara kekal.

    Selain Twitter, Facebook juga telah mengambil keputusan yang sama dengan menyekat akaun beliau selama 24 jam dan membuang video dan beberapa kenyataan yang telah beliau muat naikkan.

    Jadikan tindakan ini sebagai pengajaran kepada kita semua supaya sentiasa menjaga perlakuan kita di media sosial dan tidak melanggar dasar yang telah ditetapkan.

    Ikuti kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : 1 | 2

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured