More

    Twitter dilarang di Nigeria selepas ciapan presidennya dipadam

    Perkhidmatan Twitter buat masa ini telah digantung buat sementera oleh kerajaan Nigeria selepas syarikat media sosial tersebut bertindak memadam sebuah ciapan oleh presiden negara tersebut, Muhammadu Buhari. Menteri Informasi dan Budaya Nigeria, Alhaji Lai Mohammed, mengatakan Twitter buat masa telah mengancam kewujudan korporat dalam negara itu.

    Lai Mohammed juga mengatakan kerajaan akan mendenda rakyat yang masih cuba untuk mengakses Twitter menggunakan perkhidmatan VPN atau lain-lain alat yang boleh membuka media sosial itu.

    Dalam ciapan oleh Buhari yang telah dipadam itu, beliau memberi amaran kepada puak pemisah bahawa kerajaan Nigeria tidak teragak-agak untuk menghukum mereka. Beliau merujuk kepada puak pemisah yang kerap membuat rusuhan menentang kerajaan sejak tahun lepas, dengan rusuhan #EndSARS yang menentang keganasan oleh pihak polis Nigeria.

    Twitter bertindak membuang ciapan tersebut kerana ia mampu mencetuskan keganasan dalam negara itu.

    Buat masa ini, kebanyakan pengguna Twitter di Nigeria tidak boleh mengakses laman web media sosial itu, namun sesetengah pengguna yang melanggan kepada beberapa syarikat telko terrentu masih boleh mengaksesnya. Twitter telah mengeluarkan kenyataan tentang isu ini, di mana mereka bimbang dengan hak kebebasan bersuara di kalangan rakyat Nigeria.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured