More

    Twitter halang Trump daripada menggunakan perkhidmatan tersebut buat selama-lamanya

    Pegawai Ketua Kewangan Twitter Ned Segal telah mengesahkan dalam sebuah temuramah bahawa bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan Twitter selepas akaun miliknya digantung sejak Januari 2021. Beliau tidak akan dibenarkan ke Twitter semula, walaupun jika Trump akan bertanding untuk jawatan presiden sekali lagi.

    Segal menegaskan bahawa polisi Twitter mengatakan semua individu yang akaunnya telah digantung akan digantung selama-lamanya, tidak kiralah sama ada individu tersebut ialah seorang ahli perniagaan penting atau pegawai kerajaan. Beliau mengatakan Twitter tidak ingin membenarkan penggunanya untuk mencetuskan keganasan, sesuatu yang telah dilakukan oleh Trump dalam mengapi-apikan mogok di bangunan US Capitol pada bulan lalu.

    Selain Twitter, perkhidmatan media sosial yang lain seperti Facebook, YouTube, Shopify dan banyak lagi telah menggantung akaun Donald Trump buat tempoh masa yang tidak ditentukan. Penularan maklumat palsu juga dikurangkan sejak Trump tidak lagi berada dalam media sosial.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured