More

    Twitter lancarkan 3 warna penanda pengiktirafan untuk akaun yang disahkan mengikut kategori

    Menurut laporan itu, Twitter telah melancarkan penanda pengesahan emas untuk syarikat, kelabu untuk kerajaan dan biru untuk individu. Akaun yang memohon untuk disahkan akan diperiksa secara manual sebelum penanda diaktifkan.

    Menurut sumber, langganan Twitter Blue dilancarkan walaupun diberi amaran daripada kakitangan tentang isu penipuan dan keselamatan. Tidak lama selepas itu, banyak akaun yang telah disahkan mula menyamar sebagai personaliti atau jenama terkenal.

    Selepas itu, Musk menarik balik perkhidmatan berbayar yang berharga 7.99 USD dalam beberapa hari selepas dikeluarkan. Musk menangani isu ini dengan mengirimkan tweet bahawa mana-mana akaun yang cuba menyamar sebagai orang lain akan disekat melainkan pemilik akaun mengisytiharkannya sebagai akaun parodi.

    Musk berkata bahawa beliau akan menerangkan lebih banyak maklumat mengenai penanda pengesahan berwarna ini dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: NDTV

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured