More

    Twitter lancarkan butang “Edit”, oleh digunakan oleh pelanggan Twitter Blue buat masa ini

    Pada bulan April lepas, Twitter mengumumkan bahawa ia sedang membangunkan butang Sunting (Edit) dan kini, ia telah dilancarkan secara rasmi kepada pengguna. Namun, ciri ini hanya boleh digunakan oleh pelanggan Twitter Blue buat masa ini.

    Seperti yang diumumkan oleh Twitter semalam, mereka memberitahu pengguna bahawa “jika anda melihat Tweet yang disunting, ini kerana kami sedang menguji butang sunting”. Tambahan pula, BBC melaporkan bahawa Tweet akan tersedia untuk disunting dalam tempoh 30 minit selepas disiarkan.

    Buat masa ini, Twitter Blue hanya digunakan oleh pengguna di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand. Twitter Blue mempunyai yuran langganan sebanyak USD4.99 (~RM22.38) sebulan dan pelanggan akan dapat menguji butang Edit pada bulan-bulan akan datang.

    Bagi Tweet yang telah disunting, ikon, masa dan pautan ke “Edit History” mereka akan ditunjukkan pada Tweet tersebut. Ini adalah untuk melindungi perbualan dan mencipta rekod yang boleh diakses secara umum tentang apa yang dikatakan. 

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Twitter blog

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured