More

    Twitter perkenalkan Birdwatch untuk membanteras penularan berita palsu

    Perkhidmatan media sosial Twitter pada hari ini telah memperkenalkan Birdwatch iaitu sebuah inisiatif yang berpaksikan komuniti Twitter untuk membanteras penularan berita palsu di laman web itu. Setakat ini Birdwatch masih lagi dalam fasa awal dan Twitter mengatakan mereka akan terus membangunkan inisiatif ini.

    Birdwatch membenarkan pengguna Twitter untuk menulis nota bagi membalas sebarang ciapan yang berbaur palsu atau mengelirukan. Nota tersebut akan diterbitkan dalam laman web Birdwatch di mana pengguna yang lain boleh menilai tahap keberkesanan nota tersebut.

    Twitter mengatakan Birdwatch adalah laman web yang dipisahkan daripada Twitter buat masa ini, sewaktu mereka masih membangunkan Birdwatch dan membina keyakinan pengguna terhadapnya. Twitter juga bertekad ingin menjadikan Birdwatch sebagai platform yang telus, di mana sebarang kandungan dalam Birdwatch boleh dimuat turun sebagai fail TSV dan kod algoritmanya akan diterbitkan secara awam di Birdwatch Guide.

    Inisiatif yang dihasilkan oleh Twitter ini nampak menarik, namun masih terlalu awal untuk dinilai jika ia mampu menyelesaikan masalah kebanjiran maklumat palsu di media sosial. Buat masa ini Birdwatch hanya boleh diakses oleh pengguna di Amerika Syarikat.

    Kongsi pendapat anda tentang inisiatif terbaru daripada Twitter ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Twitter Blog

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured