More

    Twitter Spaces kini boleh dirakam, tersedia untuk platform iOS, Android dan web

    Twitter telah melancarkan main balik untuk Spaces yang dirakam kepada semua pengguna iOS, Android dan web. Keupayaan untuk mendengar rakaman Twitter Spaces kini tersedia untuk semua pengguna menjadikan ruang perbincangan secara langsung berfungsi seperti podcast tradisional.

    Pengguna hanya boleh mendengar semula Spaces yang telah dipilih secara aktif oleh hos untuk dirakam. Sesetengah hos pada Android dan iOS kini mempunyai keupayaan untuk merakam Spaces mereka dengan memilih pilihan “Record Space” sebelum memilih “Start a Space” membenarkan semua pengguna mendengarnya berulang kali.

    Pengguna yang menyertai Spaces yang sedang dirakam akan melihat butang “Rec” dengan titik merah di bahagian atas paparan Spaces dan apabila ia tamat, pengguna boleh berkongsi rakaman di Twitter. Sebelum ini, Spaces hanya berfungsi sebagai perbincangan audio langsung tanpa kebolehan untuk mendengar semula setelah sesinya tamat.

    Twitter secara beransur-ansur telah menambah lebih banyak ciri pada Space dalam beberapa bulan kebelakangan ini seperti Ticketed Spaces yang membenarkan pencipta mengenakan bayaran untuk akses kepada perbincangan langsung.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi baharu Twitter ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Macrumours

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...