More

    U Business, Qualcomm dan City-Link Express uji penjejakan kargo udara guna 5G dan IoT

    U Business, cabang perusahaan U Mobile bersama Qualcomm dan City-Link Express melaksanakan Proof of Concept (PoC) bagi penjejakan kargo udara bernilai tinggi menggunakan rangkaian 5G dan IoT. Ujian ini memfokuskan kepada penghantaran dari hab utama City-Link di Bandar Saujana Putra ke Sabah dan Sarawak yang melibatkan pelbagai peringkat pemindahan seperti lapangan terbang dan pengendalian kargo.

    Sistem konvensional sebelum ini hanya bergantung kepada imbasan kod bar di checkpoint tanpa data masa nyata antara titik transit. Melalui PoC, penjejak berasaskan sensor digunakan untuk memantau lokasi serta keadaan kargo termasuk hentakan, kecondongan, suhu dan pendedahan cahaya secara berterusan.

    Data dihantar melalui rangkaian 5G dan diproses menggunakan sistem penentududukan yang beroperasi tanpa kebergantungan penuh kepada GPS. Hasil ujian menunjukkan pengesahan lokasi penghantaran dipercepat sehingga 90% yang sekali gus mengurangkan tempoh siasatan daripada beberapa hari kepada hanya beberapa jam.

    Masa semakan operasi turut berkurang sehingga 70% hasil automasi log dan rekod pergerakan digital. Selain itu, penggunaan data sensor meningkatkan kebolehpercayaan bukti sehingga 50% dalam kes pertikaian manakala ketepatan data meningkat sehingga 30% untuk tujuan perancangan laluan dan kapasiti.

    PoC turut membuktikan keupayaan sistem penjejakan berterusan dalam persekitaran sebenar yang melibatkan banyak titik pemindahan dan gangguan isyarat berbanding pendekatan tradisional yang bergantung kepada kemas kini berkala. Pelaksanaan lanjut bergantung kepada penskalaan kos dan integrasi operasi sedia ada dalam rangkaian logistik.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...