More

    U Home 5G Bundle oleh U Mobile kini ditawarkan bersama televisyen pintar 4K Samsung, bermula RM65

    U Mobile kini menawarkan pakej internet domestik U Home 5G yang turut menyertakan televisyen Samsung 4K Smart TV kepada pelanggan, di samping router internet WiFi 6. Dengan pakej baru ini, ia akan memudahkan pelanggan untuk memiliki televisyen terkini daripada Samsung seperti Crystal UHD DU7000 4K Smart TV yang berukuran 85 inci.

    Pakej internet dan televisyen ini boleh dibayar melalui pelan U PayLater yang turut menawarkan bayaran ansuran 0% atau pelan U SaveMore yang menawarkan penjimatan untuk peranti yang dibeli. Pelanggan juga tidak perlu membayar ansuran untuk televisyen pintar itu selama tiga bulan pertama.

    Pelanggan U Home 5G yang berminat dengan televisyen pintar yang lebih kecil pula boleh mendapatkan pakej televisyen 50 inci, 65 inci atau 75 inci, manakala pembayarannya bermula RM65 sahaja. Setiap pelanggan juga akan menerima penghantaran dan pemasangan percuma untuk router dan televisyen.

    Layari laman web U Mobile untuk maklumat lanjut mengenai pakej ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured