More

    U Mobile belanja pelanggan tengok 104 perlawanan World Cup 2026 melalui RTMKlik

    U Mobile dilantik sebagai Official Broadcast Sponsor World Cup 2026™ melalui RTMKlik yang membolehkan pelanggan U Mobile mengikuti kesemua 104 perlawanan kejohanan bola sepak terbesar dunia menerusi platform penstriman berkenaan.

    Bagi menyokong akses penstriman tersebut, U Mobile memperkenalkan ULTRA Football Pass yang menawarkan data tanpa had pada kelajuan tanpa had untuk menonton perlawanan World Cup 2026™ melalui RTMKlik. Pas ini boleh ditebus oleh semua pelanggan mudah alih dan broadband U Mobile menerusi aplikasi MyUMobile bermula 11 Jun hingga 20 Julai 2026.

    Selain akses tontonan, U Mobile turut melancarkan kempen ULTRA Football Fest yang berlangsung dari 5 Jun hingga 31 Julai 2026 dengan menawarkan beberapa hadiah kepada pelanggan yang mendaftar, menaik taraf atau membeli peranti menerusi pelan ULTRA Prepaid, ULTRA Postpaid dan U Home 5G Broadband.

    Antara hadiah yang ditawarkan termasuk ULTRA Dream Football Tour bernilai RM250,000 untuk seorang pemenang bersama tiga teman atau ahli keluarga, empat pakej ULTRA Home Stadium Makeover dengan perkakas rumah Samsung bernilai RM50,000 setiap satu. Hadiah lain termasuk 50 unit Samsung Galaxy S26 Ultra, 100 unit televisyen Samsung 65-inci Crystal UHD 4K Smart TV serta 500 jersi rasmi pasukan World Cup 2026™.

    Pelantikan sebagai penaja siaran rasmi ini merupakan sebahagian daripada usaha syarikat membawa pengalaman World Cup 2026™ kepada lebih ramai pengguna menerusi akses digital dan rangkaian 5G. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi U Mobile di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...