More

    U Mobile jual saham DNB untuk fokus pada pembinaan rangkaian 5G kedua negara

    Syarikat telekomunikasi tempatan U Mobile mengumumkan bahawa mereka akan menjual semua saham yang dimiliki oleh mereka dalam Digital Nasional Berhad (DNB) untuk membangunkan rangkaian 5G kedua negara.

    Saham yang berjumlah 100,000 syer itu akan dijual pada harga RM100,000 kepada CelcomDigi, Maxis, YTL Power International dan Syarikat Milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc). Setiap pihak tersebut akan membeli 33,333 syer kecuali MOF Inc yang akan membeli 1 syer.

    MOF Inc kini merupakan pemegang syer terbesar dalam DNB, dengan pegangan 41.67%, diikuti oleh CelcomDigi, Maxis dan YTL Power International yang setiap satunya memegang 19.44%.

    Dengan urus niaga ini, U Mobile melepaskan hak untuk melaksanakan sebarang opsyen jual atau beli yang sebelum ini tertera bawah perjanjian pemegang saham.

    U Mobile menegaskan bahawa penjualan saham ini tidak akan menjejaskan para pengguna langsung dan mereka boleh terus menggunakan rangkaian 5G tanpa sebarang masalah.

    Pada November 2024, U Mobile telah dilantik sebagai pelaksana rangkaian 5G kedua negara yang akan menawarkan perkhidmatan lebih pantas, terutamanya untuk kegunaan komersial dan pusat data. Baru-baru ini, mereka juga telah melantik HUAWEI dan ZTE sebagai rakan teknologi untuk membina rangkaian 5G baharu ini.

    U Mobile berkata pembinaan rangkaian 5G bahru ini akan mencapai 80% kawasan berpenduduk (CoPA) dalam masa 12 bulan lagi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: U Mobile, BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured