More

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29 Jun 2026. Laporan tersebut mendedahkan U Mobile mengumpul anugerah terbanyak di Malaysia dengan memperoleh lima kemenangan individu dan tiga kemenangan berkongsi.

    U Mobile mendahului dalam kategori Kualiti Konsisten, tiga daripada empat kategori kelajuan dan Kebolehdapatan 5G. Peningkatan prestasi dipacu oleh pelancaran perkhidmatan ULTRA5G menerusi rangkaian 5G milik U Mobile sendiri selepas mencapai sasaran 80 peratus liputan populasi. Menurut laporan, pengalihan trafik ke rangkaian 5G mengurangkan kesesakan laluan serta membebaskan spektrum bagi pengguna 4G.

    U Mobile mencatatkan skor Kualiti Konsisten tertinggi sebanyak 73.9 peratus iaitu peningkatan 12 mata peratusan berbanding laporan terdahulu. Bagi kategori Kebolehpercayaan Rangkaian, U Mobile mencatatkan peningkatan 99 mata untuk berkongsi kedudukan teratas bersama CelcomDigi dan Unifi pada julat skor 884 hingga 885 mata.

    Unifi memenangi tiga anugerah individu bagi pengalaman Video, Permainan Dalam Talian dan Aplikasi Suara. CelcomDigi pula meraih dua anugerah individu termasuk Liputan manakala Yes mengekalkan anugerah Masa Pada Rangkaian. Kesemua lima pengendali utama berkongsi anugerah Pengalaman Liputan 5G kerana penggunaan rangkaian borong Digital Nasional Berhad sepanjang tempoh kajian.

    Laporan itu turut menyatakan U Mobile telah melengkapkan pemindahan penuh ke rangkaian 5G milik sendiri dan keluar sepenuhnya daripada perjanjian borong DNB pada Julai 2026. Langkah tersebut memberikan pengendali kawalan menyeluruh ke atas kualiti, liputan dan keutamaan pelaburan rangkaian.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OpenSignal

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured