More

    U Mobile lancarkan program Sekolah Digital, perkenalkan infrastruktur tanpa tunai dalam sekolah

    U Mobile hari ini melancarkan program Sekolah Digital iaitu sebuah inisiatif yang akan meningkatkan penerimagunaan pelbagai perkhidmatan digital dalam sektor pendidikan. Program tersebut dirasmikan oleh Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil dan Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile Wong Heang Tuck.

    Perkhidmatan digital ini termasuklah pembayaran tanpa tunai, rekod kedatangan dan pemantauan keselamatan pelajar, platform AI untuk pembelajaran, kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan banyak lagi.

    Untuk peringkat pertama dalam perlaksanaannya, U Mobile bekerjasama dengan empat sekolah kerajaan bagi melancarkan Projek Rintis: Ekosistem Tanpa Tunai Untuk Sekolah-sekolah Kerajaan bagi meningkatkan tahap celik kewangan dan pengurusan wang pintar melalui platform pembayaran digital.

    Empat sekolah yang terlibat adalah SK Bukit Bandaraya, SMK Seri Hartamas, SK Seri Hartamas dan SK Bukit Damansara. Ekosistem tanpa tunai ini dibina dengan Vircle iaitu rakan teknologi U Mobile.

    Dengan program tersebut, para pelajar boleh melaksanakan transaksi tanpa tunai sewaktu membeli-belah di kantin, kedai koperasi atau kedai buku sekolah. Selain memudahkan pembayaran, ia juga membantu pelajar melengkapkan diri dalam berdepan dengan ekonomi digital, manakala ibu bapa boleh memantau perbelanjaan anak-anak serta mengajar amalan pengurusan wang yang cermat.

    Selain para pelajar, warga pentadbiran sekolah, para guru dan rakan-rakan sekolah juga boleh membuat pembayaran tanpai tunai melalui proses yang lebih lancar dan cekap.

    Layari laman web U Mobile untuk maklumat lanjut mengenai Sekolah Digital U Mobile. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ekosistem ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured