More

    U Mobile lantik HUAWEI dan ZTE untuk bina rangkaian 5G Generasi Baharu Malaysia

    Syarikat telekomunikasi tempatan, U Mobile, telah melantik HUAWEI Malaysia dan ZTE Malaysia sebagai rakan teknologi dalam membina rangkaian 5G Generasi Baharu Malaysia. Ia bertujuan mempercepatkan penerimagunaan 5G dan 5G-Advanced (5G-A) di seluruh negara, dengan tumpuan khusus untuk menyokong sektor perusahaan.

    Kerjasama tiga syarikat ini merancang untuk capai 80% liputan kawasan berpenduduk (CoPA) dalam tempoh 12 bulan pertama, diikuti dengan 90% CoPA dalam tempoh 12 bulan berikutnya.

    U Mobile menyatakan rangkaian 5G Generasi Baharu bertaraf perusahaan ini mempunyai keupayaan tercanggih, meningkatkan pengalaman keseluruhan pelanggan dan akan memenuhi pelbagai keperluan daripada organisasi.

    Mereka juga merancang untuk menambah bilangan tapak dalam bangunan bagi meluaskan liputan 5G dalam bangunan. 5G Generasi Baharu ini akan mengutamakan kawasan tumpuan utama seperti hab-hab pengangkutan, fasiliti perubatan dan sukan, bandar pintar dan pusat data.

    HUAWEI dilantik kerana rekod prestasi teknologi yang terkemuka di peringkat global dan telah menjadi peneraju industri selama enam tahun berturut-turut oleh GlobalData. ZTE pula telah diiktiraf sebagai “Pemimpin” industri oleh GlobalData, Gartner dan Omdia sebagai peneraju terkemuka dalam industri telekomunikasi global.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured