More

    U Mobile naik taraf Pelan Prabayar U dengan kelajuan 2 kali ganda untuk harga yang sama

    Hari ini, U Mobile mengumumkan bahawa semua pelan Prabayar U tanpa had yang merangkumi U25, U35, U40 dan U50 telah dinaik taraf dengan kelajuan internet dua kali ganda. Bukan itu sahaja, pelan tersebut juga menampilkan had Polisi Penggunaan Adil (FUP) yang lebih tinggi pada harga yang sama.

    Menurut U Mobile, pelan U25 kini mempunyai kelajuan 6Mbps yang meningkat daripada 3Mbps dan had FUP meningkat daripada 30GB kepada 40GB. Kelajuan U35 dan U40 telah ditingkatkan daripada 6Mbps kepada 12Mbps manakala pelan U50 kini menawarkan kelajuan 24Mbps yang mana sebelum ini ialah 12Mbps.

    Untuk U35, U40 dan U50, had FUP dikekalkan pada 200GB. Had FUP tersebut merupakan had tertinggi dalam pasaran untuk kategorinya. Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh melawati bahagian Soalan Lazim di bahagian bawah halaman di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...