More

    U Mobile tandatangani pembiayaan RM4.3 bilion dengan 4 bank untuk bangunkan infrasktuktur 5G

    U Mobile baru-baru ini mengumumakan bahawa mereka telah menandatangani pembiayaan bersindiket (syndicated financing) berjumlah RM4.3 bilion bersama empat bank utama di Malaysia bagi membangunkan rangkaian 5G generasi baharu.

    Lima bank tersebut adalah CIMB Investment Bank Berhad, CIMB Bank Berhad, Maybank Islamic Bank Berhad, AmBank Islamic Bank Berhad dan UOB Malaysia. Kerjasama ini akan membiayai perbelanjaan modal (CAPEX) U Mobile bagi membangunkan rangkaian 5G yang akan merangkumi 80% kawasan berpenduduk (CoPA) pada separuh kedua 2026.

    Ia juga akan digunakan untuk meluaskan rangkaian ULTRA5G U Mobile di seluruh negara bagi membangunkan ekonomi digital Malaysia. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile Wong Heang Tuck, pembangunan 5G U Mobile telah pun dimulakan pada pertenghan 2025 dan pembiayaan ini akan mempercepatkan lagi pembangunan tersebut.

    Buat masa ini, U Mobile sedang mendahului sasaran pembangunan 5G dan syarikat itu yakin bahawa mereka akan mencapai 80% CoPA pada separuh kedua tahun hadapan. Rangkaian baharu ini yang mempunyai kebolehan 5G-Advanced akan memberikan manfaat kepada sektor awam dan swasta.

    Pembiayaan ini akan berlangsung selama 10 tahun. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured