More

    U Mobile tawar Galaxy Z Flip7 percuma dengan pembelian Galaxy Z Fold7!

    U Mobile mengumumkan promosi eksklusif sempena pelancaran Samsung Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 iaitu dua model telefon pintar boleh lipat terbaharu daripada Samsung. Melalui kempen pra-tempahan, pelanggan yang membeli Galaxy Z Fold7 layak menerima secara percuma Galaxy Z Flip7 bernilai RM4,999.

    Promosi ini ditawarkan bersama pelan U Family 128 dengan bayaran RM233 sebulan. Pelan berkenaan menyediakan 4 talian keluarga, data 5G sehingga 1000GB yang boleh dikongsi, roaming percuma di lebih 60 destinasi serta pilihan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan. Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman rasmi U Mobile.

    Samsung Galaxy Z Fold7

    Galaxy Z Fold7 mengekalkan format lipatan gaya buku dengan profil lebih nipis iaitu hanya 8.9mm apabila dilipat dan 4.2mm apabila dibuka. Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite yang menawarkan prestasi permainan lebih baik dengan ray tracing masa nyata selain peningkatan keupayaan AI sehingga 41%.

    Gabungan teknologi mobile Digital Natural Image engine (mDNIe) turut meningkatkan kecekapan bateri yang membolehkan bateri 4400mAh bertahan sehingga 24 jam main balik video. Ia juga telefon lipat Samsung pertama dengan kamera utama 200MP menyokong ProVisual Engine untuk penghasilan gambar yang lebih sempurna.

    Samsung Galaxy Z Flip7

    Galaxy Z Flip7 pula menampilkan FlexWindow bersaiz 4.1 inci yang hampir menutupi separuh panel belakang menawarkan paparan lebih luas untuk pratonton swafoto atau rakaman vlog. Dikuasakan cip Exynos 2500, ia menyokong prestasi CPU 9% lebih pantas dan peningkatan AI sebanyak 22%.

    Bateri 4300mAh disertakan teknologi mDNIe membolehkan sehingga 31 jam main balik video iaitu 8 jam lebih lama berbanding generasi sebelumnya. Peranti ini dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera swafoto 10MP yang menyokong ProVisual Engine dan AI Zoom untuk tangkapan cahaya rendah lebih jelas serta rakaman malam yang lebih baik.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tawaran U Mobile ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja]

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...