More

    U Mobile turut umumkan pelan P-Hailing RAHMAH, diskaun sehingga RM10

    Selari dengan usaha kerajaan untuk membantu para penunggang dan pemandu P-Hailing, U Mobile telah mengumumkan pelan P-Hailing Rahmah. Ini adalah tawaran rebat 12 bulan untuk pelan sim pascabayar Enterprise terpilih khusus untuk semua pemandu dan penunggang P-Hailing berwarganegara Malaysia.

    Tiga pelan pascabayar Enterprise sedia ada ialah U Biz 38, U Biz 68 dan U Biz 98. Pakej pertama akan menerima rebat RM5 dan dua pakej lain akan menerima rebat RM10. Perlu diingat bahawa rebat ini tidak terikat secara kontrak dan pengguna boleh membatalkan pada bila-bila masa tanpa penalti.

    Pemandu dan penunggang P-Hailing yang sedang melanggani pelan pascabayar berbeza perlu menukar kepada pelan pascabayar Enterprise untuk melanggan pakej ini. Namun, tawaran ini tidak terpakai kepada mereka yang melanggan mana-mana pakej pascabayar berkumpulan atau perniagaan melalui mana-mana Syarikat/Kelab/Persatuan.

    Pelan pakej ini juga tidak terpakai sekiranya anda melanggan mana-mana kontrak peranti atau mana-mana tawaran rebat promosi yang sedia ada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pelan yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured