More

    Ubisoft akan anjurkan acara dalam talian untuk pamerkan ‘game’ baru

    Pada 12 Julai, Ubisoft akan menganjurkan Ubisoft Forward, sebuah acara dalam talian khas untuk mempamerkan game-game mereka yang akan dilancarkan dalam masa terdekat. Syarikat itu menghuraikannya sebagai pameran mirip E3 dan akan dianjurkan pada Ahad 12 Julai, 3:00pm ET (Isnin 13 Julai, 3:00 pagi waktu Malaysia).

    Ubisoft tidak mengatakan secara spesifik game apakah yang akan dipersembahkan, tetapi besar kemungkinan Assassin’s Creed Valhalla adalah salah satu game yang akan membuat kemunculan dalam acara itu. Selain itu, game yang dijangkakan untuk dipersembahkan ialah Watch Dogs: Legion dan Rainbow Six Quarantine.

    Beberapa syarikat game sudah pun merancang untuk menganjurkan pameran mereka sendiri berikutan pembatalan E3. EA akan menganjurkan EA Play Live, manakala Microsoft anjurkan Xbox 20/20 untuk persembahkan butiran tentang konsol Xbox Series X.

    Game Ubisoft yang manakah anda ingin lihat? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Ubisoft News

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured